Berita UtamaDunia

Dua maut, 14 cedera kereta api bertembung

BERLIN, 22 Syaaban 1439H, Selasa – Sekurang-kurangnya dua orang maut manakala 14 lagi cedera parah apabila dua kereta api bertembung di Jerman, semalam.

Insiden membabitkan perkhidmatan komuter dan kereta api pengangkut barang di laluan antara Ingolstadt serta Augsburg di selatan wilayah Bavaria, Jerman.

Jurucakap syarikat pengendali rangkaian perkhidmatan kereta api kebangsaan, Deutsche Bahn berkata, punca kejadian belum di kenal pasti dan masih dalam siasatan.

Katanya, ada beberapa lagi mangsa yang mengalami cedera ringan. – Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close