Berita UtamaDunia

Turki lancar operasi ketenteraan sebelum pilihan raya

Erdogan mahu kawasan sempadan negara bebas dari kumpulan militan

ANKARA, 21 Syaaban 1439H, Isnin – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan akan melancarkan operasi ketenteraan di sepanjang kawasan sempadan, selepas proses pengundian awal pada 24 Jun ini.

Beliau berkata, operasi itu menyamai ‘Euphrates Shield’ dan ‘Olive Branch’ bagi memastikan kawasan sempadan negara bebas daripada kegiatan kumpulan militan.

Operasi Euphrates dilakukan pada Ogos 2016 dan Mac 2017 bagi menentang kumpulan Daesh, manakala Olive Branch dilaksanakan pada awal tahun ini untuk membanteras kumpulan militan di wilayah Afrin di Syria.

Sebelum ini, Erdogan mengumumkan Pilihan Raya Parlimen dan Presiden negara itu akan diadakan pada 24 Jun, setahun lebih awal daripada yang dirancang.

Erdogan menegaskan, negara amat perlu membuat pertukaran kepada Presiden Eksekutif bagi menghapuskan sistem lama.

Pemilihan Parlimen dan Presiden sebelum ini dijadualkan pada November 2019.

Dalam pilihan raya ini, Turki akan beralih daripada sistem Parlimen kepada Presiden yang akan meningkatkan kuasa Presiden. – Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close