Berita UtamaUtama

Polis tubuh pasukan khas pantau sindiket judi PRU14

Orang ramai dinasihat hormati undang-undang yang ditetapkan

POKOK SENA, 21 Syaaban 1439H, Isnin – Polis Diraja Malaysian (PDRM) menubuhkan satu pasukan khas bagi memantau kegiatan perjudian sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, pihaknya berjaya mengesan beberapa sindiket perjudian dipercayai menggunakan persaingan calon yang bertanding dan keputusan PRU14.

Beliau berkata, pihaknya kini sedang menjejaki cubaan untuk mengatur perjudian PRU14 di beberapa buah negeri seperti Selangor, Johor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

“Kita dapat maklumat, aduan daripada masyarakat tentang wujudnya sindiket perjudian dalam pilihan raya ini dan kita amat peka sebab ia boleh menyebabkan satu keadaan yang tidak baik untuk sistem demokrasi.

“Mereka yang terlibat dalam kegiatan haram itu akan berdepan tindakan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan) 2017,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Dalam masa sama, Noor Rashid turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menimbulkan sebarang masalah menjelang PRU14, selain menghormati undang-undang yang ditetapkan.

“Elakkanlah perbuatan memfitnah dan menyebarkan sebarang berita palsu kerana polis juga diberi tanggungjawab menguatkuasakan kesalahan itu mengikut Akta Anti Berita Tidak Benar 2018, kerana fitnah ini boleh jejaskan keharmonian serta timbulkan pergaduhan,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close