Berita UtamaDunia

Hanya 49 peratus rakyat Lubnan keluar mengundi

Kerana pergolakan Syria, Lubnan tangguh pilihan raya kali terakhir 2009

BEIRUT, 21 Syaaban 1439H, Isnin – Kurang separuh daripada rakyat Lubnan keluar mengundi dalam pilihan raya negara itu, semalam.

Menteri Dalam Negeri, Nohad Machnouk berkata, jumlah pengundi menurun berbanding pilihan raya umum pada 2009, yang menyaksikan 54 peratus rakyat keluar mengundi ketika itu.

“Terdapat peraturan baharu dan pengundi tidak biasa dengannya, begitu juga ketua di pusat pengundian. Bagaimanapun, operasi pengundian berjalan dengan perlahan,” katanya,

Kali terakhir Lubnan mengadakan pilihan raya pada 2009,  ia sepatutnya bertahan sehingga empat penggal, namun tempoh tersebut terpaksa dilanjutkan sebanyak dua kali berikutan pergolakan di negara jiran Syria.

Lubnan mengamalkan sistem perkongsian kuasa politik antara agama yang berbeza.

November lalu, Perdana Menteri Saad al-Hariri mencetuskan krisis politik apabila beliau melarikan diri ke Arab Saudi, dan mengumumkan peletakan jawatan berikutan percubaan membunuhnya.

Hariri kemudian menarik balik peletakan jawatannya pada bulan Disember selepas berbincang dengan Presiden Michel Aoun di Lebanon. – Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close