Berita UtamaDuniaUtama

Enam pejuang Hamas terbunuh letupan di Gaza

Israel nafi rejim tenteranya terlibat dalam insiden di az-Zawayda

GAZA, 20 Syaaban 1439H, Ahad –  Sekurang-kurangnya enam anggota Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) terbunuh dalam satu letupan di Semenanjung Gaza, hari ini.

Kementerian Kesihatan Gaza mengesahkan enam maut dan tiga lagi cedera dalam letupan yang berlaku di Az-Zawayda, berdekatan Deir el-Balah, kawasan markas gerakan Hamas.

Hamas yang menguasai Semenanjung Gaza membayangkan konflik ketenteraan baharu akan meletus dan menggesa rejim Zionis bertanggungjawab dengan insiden yang berlaku.

Gerakan itu dalam satu kenyataan berkata, Hamas yakin letupan itu adalah tindakan daripada Zionis yang terlalu jahat dan kejam.

“Insiden ini sangat sangat menyedihkan apabila membabitkan pejuangnya yang tidak berdosa. Serentak itu Briged al-Qassam akan melakukan siasatan dan membawa pesalah ke muka pengadilan. Kita akan siasat kes serius yang dilakukan musuh Zionis terhadap pejuang Palestin,” katanya.

Bagaimanapun, Israel menafikan letupan yang berlaku berpunca daripada serangan rejimnya.

Insiden ini berlaku seminggu selepas tunjuk perasaan berdarah dalam himpunan ‘Great March of Return’ di sepanjang sempadan Gaza dan Israel yang meragut 50 nyawa setakat ini.

Perhimpunan itu akan berakhir pada 15 Mei, bagi mengingati Peristiwa Nakba, merujuk kepada penubuhan Israel pada tahun 1948, apabila 750,000 orang Arab dipaksa dikeluarkan dari Palestin.

Sejak demonstrasi bermula 30 Mac lalu, sekurang-kurangnya 41 orang Palestin pengganas Israel dan lebih daripada 7,000 yang lain tercedera. – Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close