Berita UtamaPRU14Utama

PRU14: Jangan pangkah calon anti-Islam, kata Dr Ramadzan

PAS berdepan 2 calon parti penentang RUU355 di Parlimen Teluk Intan

TELUK INTAN, 19 Syaaban 1439H, Sabtu – Calon PAS kerusi Parlimen Teluk Intan, Dr Ahmad Ramadzan Ahmad Daud mengingatkan pengundi kawasan itu supaya tidak memangkah calon penentang Islam pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Rabu ini.

Beliau yang pertama kali bertanding berkata, Teluk Intan adalah kawasan campuran, yang mana Melayu adalah 42 peratus, Cina 42 peratus dan selebihnya India.

Namun, sejak sekian lama, kerusi Teluk Intan yang majoriti Melayu agak tinggi, hanya ditawan oleh pemimpin bukan Islam, sama ada Gerakan mahupun DAP.

“Lebih malang, calon Teluk Intan kali ini adalah penentang agenda Islam. Datuk Seri Mah Siew Keong dan Nga Kor Ming, dua-dua membantah Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU355).

“Buat apa kita biarkan orang anti-Islam menang di kawasan majoriti Melayu. Biarlah pemimpin Islam yang menang. Sebab itu PAS hantar calon, dan saya terima tanggungjawab ini.

“Mereka memang patut dikalahkan. Kalau kita dapat kalahkan mereka, itulah kejayaan PAS. Misi kita untuk menolak mereka yang menentang Islam menguasai Parlimen,” katanya ketika ditemui Ismaweb.net.

Dr Ramadzan berdepan saingan tiga penjuru dengan dengan Mah yang merupakan Presiden Gerakan dan Kor Ming, Pengerusi DAP Perak yang bertanding menggunakan lambang PKR, yang kerap menghina Islam.

Sebelum ini, Gerakan, DAP, MCA, MIC dan SUPP membantah RUU355 yang bertujuan memperkemaskan undang-undang Islam dan menaiktarafkan Mahkamah Syariah, sedangkan RUU itu tiada kaitan  dengan penganut agama lain.

Kerusi Parlimen Teluk Intan yang disandang Mah hanya memiliki majoriti 238 undi ketika dia mengalahkan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud, pada Pilihan Raya Kecil 2014.

Mah, yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, turut bertanding pada PRU13, namun tewas kepada calon DAP, Seah Leong Peng, yang memperoleh majoriti 7,313 undi.

Mengulas lanjut Dr Ramadzan yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Teluk Intan berkata, parti itu menaruh harapan tinggi untuk menang dan menegaskan sangat bahaya jika dua-dua calon anti-Islam itu menang.

“Di Parlimen tempat kita buat undang-undang. Kalau mereka menang lagi, dan menguasai Parlimen apa akan jadi? Saya pasti tuntutan Comango, IFC akan bermaharajalela. Lebih-lebih di belakang mereka ada pendukung liberal, puak LGBT, dan geng pluralisme.

“Pada kita mereka sangat bahaya. Rakyat mesti tolak mereka. Kalau boleh kita nak rakyat tolak semua calon yang anti-Islam,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close