Berita UtamaPRU14Utama

Calon PAS syor parti Melayu bergilir wakili Sungai Siput

Dr Ishak akan cadang kepada PAS Pusat jika menang PRU14

SUNGAI SIPUT, 19 Syaaban 1439H, Sabtu – Calon PAS kerusi Parlimen Sungai Siput, Dr Ishak Ibrahim mencadangkan supaya pemimpin Melayu diberi peluang secara bergilir untuk mewakili kawasan itu.

Sehubungan itu, beliau tidak menolak kemungkinan untuk menyerahkan kerusi Parlimen berkenaan kepada parti Melayu lain, termasuk UMNO untuk ditandingi, jika beliau menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.

Dr Ishak berkata, PAS mahu mengubah persepsi masyarakat bahawa sepatutnya orang Melayu menjadi Ahli Parlimen di kawasan majoriti Melayu, tidak kisah daripada parti mana sekali pun.

Sungai Siput adalah kawasan 40 hingga 50 peratus Melayu, tetapi sejak lama diwakili oleh wakil rakyat bukan Islam, termasuk Datuk Seri S Samy Vellu sejak 1974, dan penyandang terkini, Dr Michael Jeyakumar Devaraj.

“Apa yang saya selalu sebut dekat pengundi Melayu, kalau PAS menang, UMNO pun menang. Kalau PAS kalah UMNO pun kalah. Kenapa saya cakap macam tu?

“Sebab kalau PAS kalah, kerusi Parlimen ini selama-lamanya akan berada dibawah pimpinan MIC atau bukan Islam.

“Tapi kalau PAS menang, insya-Allah akan datang kita boleh berbincang untuk serahkan pula pada mereka (UMNO) atau PAS tidak bertanding. Asalkan calon yang bertanding adalah orang Melayu. Serah kepada UMNO untuk bertanding. Asalkan orang Islam Melayu yang bertanding,” katanya kepada Ismaweb.net.

Mengulas lanjut Dr Ishak berkata, sepatutnya sejak dahulu lagi parti utama orang Melayu duduk berbincang dan menghantar calon di kawasan majoriti Melayu.

“PAS kali ini mengambil peranan. Saya kira kita boleh buat sistem pertukaran. Misalnya penggal ni kita bagi kepada parti A. Jadi semua orang Melayu akan sokong parti A. Penggal kemudian kita bagi pada parti B pula.

“Kita boleh adakan sistem giliran. Yang penting semua parti kena berunding. Itu yang sepatutnya dibuat. Insya-Allah kalau saya menang, tak mustahil saya akan syorkan strategi ini. Mungkin giliran UMNO pula akan datang. Benda ni boleh dibuat kalau semua faham konsep ini,” katanya.

Pada PRU13, Dr Jeyakumar mengalahkan Timbalan Presiden MIC, SK Devamany bagi kerusi Parlimen Sungai Siput, dengan majoriti 2,793 undi. Pada PRU12, Jeyakumar mengejutkan Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu, kerusi yang disandang BN, sejak 1968.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close