Berita UtamaDuniaUtama

Tentera Israel tembak dua warga Palestin

Dakwa mangsa cuba menggangu pembinaan pagar sempadan


GAZA, 18 Syaaban 1439H, Jumaat – Sekurang-kurangnya dua warga Palestin tercedera dan salah seorang daripada mereka mengalami kecederaan serius, ketika tentera rejim pengganas Israel menembak sekumpulan pemuda di kem pelarian al-Awda, timur Kota Gaza, pada petang Khamis.

Menurut saksi, Angkatan Tentera Israel (IOF) menembusi sempadan Gaza, lalu melepaskan tembakan ke atas kedua pemuda itu setelah mengepung mereka.

Empat kereta kebal tentera dilaporkan membedil serangan sejauh berpuluh-puluh meter ke sempadan, untuk membina ‘pagar keselamatan’ di kawasan berkenaan sebagai persiapan untuk perjalanan pulang mereka pada hari Jumaat.

Tentera Israel dalam satu kenyataan kepada media mengakui telah menembak seorang warga Palestin yang didakwanya cuba melemahkan pagar keselamatan di sempadan Gaza utara.

Mangsa telah dipindahkan untuk rawatan dan siasatan lanjut. – Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close