Berita UtamaPRU14

Zahid Hamidi serah borang pencalonan di Bagan Datuk

5,000 penyokong BN berarak mengiring calon Parlimen, DUN

BAGAN DATUK, 13 Syaaban 1439H, Sabtu – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyerahkan borang pencalonan di pusat penamaan calon di Dewan Gemilang Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh di sini, untuk mempertahankan kerusi Parlimen Bagan Datuk pada Pilihan Raya Umum ke-14 ini.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu tiba di dewan berkenaan pada 8.40 pagi bersama-sama calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya dan calon kerusi DUN Hutan Melintang, Datuk Khairuddin Tarmizi.

Terdahulu, ketiga-tiga mereka yang diiringi kira-kira 5,000 penyokong, berarak dari tapak pembinaan Teedo Resort di sini pada 8.30 pagi menuju ke pusat penamaan calon berkenaan.

Ketika berucap di hadapan penyokong, Ahmad Zahid meminta pengundi di kawasan itu agar terus memberi mandat kepada BN bagi membolehkan parti berkenaan meneruskan kesinambungan pembangunan.

Ahmad Zahid menyandang kerusi Parlimen Bagan Datuk sejak 1995.- Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close