Berita UtamaPRU14Utama

PRU14: Proses penamaan calon lancar, tiada provokasi

Kawalan keselamatan terus diperketatkan sehingga PRU14 selesai

KUALA LUMPUR, 13 Syaaban 1439H, Sabtu – Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang berlangsung hari ini di seluruh negara berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden provokasi daripada​​​​​​penyokong parti politik.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, kesemua penyokong parti yang hadir untuk menyokong calon mereka di pusat penamaan calon telah mengikut arahan yang ditetapkan Polis Diraja​​​​​​​ Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Alhamdulillah, setakat ini kami lihat tahap keselamatan berjalan dengan baik, tiada ketegangan dan ini merupakan perkara yang positif.

“Tiada isu yang serius ketika proses penamaan calon berlangsung, polis akan terus memperketatkan kawalan keselamatan sehingga PRU14 selesai,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Bagi PRU14, SPR menetapkan hari ini sebagai tarikh penamaan calon, manakala tarikh pengundian awal pada 5 Mei dan hari pengundian dijadualkan pada 9 Mei.- Bernama

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close