Berita UtamaDunia

PBB lawat Rakhine hujung April

Lawatan ke kawasan etnik Rohingya dianggap kunjungan berprofil tinggi

MAUNGDAW, 10 Syaaban 1439H, Khamis – Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC)datang ke Naypyidaw pada 30 April, dan kemudian berlepas ke Rakhine pada hari berikut.

Lawatan ini dianggap kunjungan profil tertinggi pertubuhan itu, berikutan tidak bersetuju dengan tindakan pihak tentera yang bertindak ganas ke atas etnik minoriti Muslim Rohinyga.

PBB menganggap Yangon sengaja membiarkan penduduk Islam Rohingya di negeri Rakhine kebuluran, selain tiada tanda operasi ganas tentera terhadap etnik terbabit berakhir.

Sebelum ini, PBB bercadang melawat Myanmar dan Rakhine pada Februari lalu, tetapi kerajaan negara itu menolak kerana mendakwa ia bukan masa sesuai untuk berbuat demikian.

November lalu, 15 anggota Majlis Keselamatan mendesak kerajaan Myanmar menghentikan penggunaan kuasa tentera di Rakhine, termasuk menyatakan kebimbangan terhadap laporan pelanggaran hak asasi manusia ke atas etnik minoriti Islam Rohingya di wilayah itu.- Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close