Berita Utama

PRN Melaka: Tular video Zuraida masih berkempen?

Sebarang aktiviti kempen perlu dihentikan selepas tempoh rasmi tamat

BANGI, 15 Rabiulakhir 1443H, Sabtu – Tatkala proses pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berjalan lancar, timbul dakwaan seorang pemimpin tertinggi parti melanggar peraturan pilihan raya.

Ini selepas satu rakaman video Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Zuraida Kamaruddin didakwa masih berkempen hari ini tular di media sosial.

Video itu didakwa dirakam di Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya dan Bersatu adalah parti komponen Perikatan Nasional (PN) bagi PRN di negeri berkenaan.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan tempoh rasmi berkempen telah tamat pada 11.59 malam tadi.

Ini bermakna, semua pihak diminta menghentikan sebarang bentuk aktiviti berkempen termasuk aktiviti merayu undi, termasuk melalui saluran media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram selepas tempoh itu berakhir.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button