Berita UtamaUtama

PAS Kelantan lancar manifesto PRU14

Tema 'Kelantan Sejahtera Untuk Islam'

KOTA BHARU, 7 Syaaban 1439H, Isnin – PAS Kelantan hari ini melancarkan manifesto bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dengan 14 tawaran kepada rakyat.

Manifesto dengan sembilan teras bertemakan ‘Kelantan Sejahtera Untuk Islam’ yang selari dengan manifesto PAS Pusat, dilancarkan oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS.

Antara tawaran dalam manifesto itu ialah mendaulatkan agama Islam dengan memperkasa perundangan Syariah,  pembangunan Islam dalam aspek perbandaran, memperkasa institusi pondok, menaikkan kadar elaun imam serta bilal dan memperkasa sektor pelancongan Islam.

Isi kandungan manifesto yang lain ialah:

Meningkatkan kecemerlangan pendidikan dengan menyusun semula perkhidmatan pegawai pendidikan.

Menyuburkan ekonomi melalui meningkatkan sektor koperasi sebagai peluang pelaburan.

Memperkasakan pembinaan rumah untuk rakyat antaranya memperkasakan program rumah dhuafat di setiap Dun.

Mewujudkan alam sekitar lestari antaranya memperkenalkan sistem penuaian air hujan atau penggunaan panel solar.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close