Berita UtamaUtama

Muhyiddin syukur keputusan mahkamah memihak kepada Bersatu

Parti Pribumi Bersatu Malaysia masih berfungsi sebagai parti politik sah

OIeh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 7 Syaaban 1439H, Isnin –  Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan rasa syukur dengan keputusan mahkamah yang menggantung pembubaran sementara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Alhamdulillah, saya baru terima berita gembira dari Mahkamah bahawa Bantahan Awalan Peguam Negara terhadap Permohonan Semakan Kehakiman Bersatu telah ditolak.

“Kami memanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi yang memberikan kita kemenangan. Ini bermakna Bersatu telah dibenarkan oleh Mahkamah untuk meneruskan cabaran terhadap RoS yang telah melakukan kesalahan terhadap Bersatu,” katanya dalam satu kenyataan.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menggantung keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang membubarkan sementara pendaftaran Bersatu.

Hakim Datuk Azizah Nawawi membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Bersatu mendapatkan kebenaran bagi memulakan prosiding semakan kehakiman untuk mencabar keputusan RoS.

Mengulas lanjut Muhyiddin yang merupakan Presiden Bersatu berkata, kininya partinya bebas untuk meneruskan perjuangan membawa perubahan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei ini.

Katanya, tiada lagi halangan untuk Bersatu berfungsi sebagai parti politik yang sah.

“AllahuAkbar! Hakim atas kepentingan awam telah menyampaikan Alasan Penghakiman bertulis. Semoga semua ini membawa kebaikan kepada Malaysia yang tercinta,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close