Berita Utama

Pesawat Malindo Air terbabas di Kathmandu

132 penumpang dan anak kapal selamat, tiada kecederaan dilaporkan

KUALA LUMPUR, 4 Syaaban 1439H, Jumaat –Sebuah pesawat Malindo Air yang menuju Kuala Lumpur terbabas di landasan Lapangan Antarabangsa Tribuvan di Kathmandu, Nepal pada Khamis malam.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat penerbangan itu menjelaskan bahawa kesemua 132 penumpang serta anak kapal Penerbangan OD181 itu telah dikeluarkan daripada pesawat dengan selamat tanpa sebarang kecederaan dilaporkan.

“Bantuan telah dihulurkan kepada semua penumpang yang terjejas di mana makanan dan penginapan telah disediakan serta urusan menempatkan mereka di pesawat lain telah dilakukan,” menurut kenyataan itu lagi. 

Dalam mengutamakan soal keselamatan, syarikat penerbangan itu berkata ia memandang serius kejadian itu di mana siasatan serta langkah bagi memperbaiki keadaan telah segera diambil.

“Kami menyesali kesulitan yang dialami oleh para penumpang ekoran insiden itu,” kata syarikat penerbangan Malaysia itu.

Nama “Malindo” adalah lambang perjanjian kerjasama antara Malaysia and Indonesia. — Bernama

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close