Berita Utama

Malaysia gesa kerjasama lebih baik dari negara pengeksport sisa

Hadapi cabaran negara pengeksport untuk mengambil semula sisa-sisa mereka

KUALA LUMPUR, 4 Zulkaedah 1443H, Sabtu – Malaysia menggesa agar kerjasama yang lebih baik dapat dihulurkan negara-negara pengeksport sisa pada Mesyuarat Peringkat Tinggi Persidangan Konvensyen Basel, Rotterdam dan Stockholm yang berlangsung pada 1 Jun sehingga semalam.

Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan berkata Malaysia menghadapi cabaran untuk mendapat kerjasama daripada negara-negara pengeksport untuk mengambil semula sisa-sisa mereka.

“Kami (Malaysia) memohon kerjasama yang lebih baik daripada negara-negara pengeksport untuk menangani masalah ini. Tiada negara yang patut menjadi tempat pembuangan sisa dari negara lain,” katanya.

Sementara itu, Malaysia turut menegaskan akan kepentingan menguruskan stok simpanan bahan kimia secara mesra alam agar ia tidak menjadi isu baharu bagi negara membangun pada masa hadapan. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button