Berita UtamaUtama

‘Mereka menang dulu pun sebab guna jentera PAS’

Pengalaman tahaluf siyasi sehingga dikhianati beri pengajaran besar

BANGI , 4 Syaaban 1439H, Jumaat – PAS tidak gentar dengan saingan pertembungan tiga penjuru,  apabila berani mempertaruhkan 160 kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), 9 Mei ini.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti Islam itu tidak pernah risau dengan jentera parti lain, kerana yakin dengan kekuatan jentera PAS di seluruh negara.

Katanya, pada PRU13, PAS banyak menyumbang kemenangan kepada parti lain ketika berada dalam Pakatan Rakyat.

“Macam sekarang, kita bertanding di tempat yang kita ada cawangan. Kita ada 196 kawasan di seluruh negara dan kita bertanding di 160 kerusi.

“Parti lain tak ada cawangan termasuk Parti Keadilan Rakyat (PKR). Kalau dulu PRU13, mereka gunakan jentera kita dan mereka menang pun dengan tenaga kita. Oleh sebab itu kita tak risau dan sudah bersedia,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Sementara itu Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin pula berkata, pengalaman bertahaluf siyasi dalam Pakatan Rakyat satu ketika dahulu memberi pengajaran berguna kepada PAS.

Katanya, PAS nekad tidak akan mengulangi kerjasama tersebut pada masa akan datang.

“Sepanjang tempoh kerjasama PAS dikhianati, malahan kedua-dua parti dalam pakatan langsung tidak menghormati PAS sehingga akhirnya hubungan tersebut retak dan putus,” katanya.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close