Berita UtamaPRU14Utama

Kerajaan BN sudah tunai 99.9 peratus janji kepada rakyat

Pembangkang bohong apabila tuduh ekonomi negara jatuh merudum

BAGAN SERAI, 3 Syaaban 1439H, Khamis – Rakyat dinasihatkan untuk bijak memilih pemimpin bagi mentadbir kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), nanti.

Bekas Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, kerajaan Barisan Nasional sedaya upaya memenuhi kebajikan rakyat dan semuanya terbukti apabila manifesto PRU13 hampir 99.9 peratus sudah dilaksanakan.

“Kita berkhidmat untuk kepentingan rakyat. Yakinlah, semua pemimpin yang dipilih atas izin Allah. Jadi, setiap pemimpin perlu melaksanakan tanggungjawab selari dengan konteks perjuangan Islam.

“Kita ada had perjuangan. Kalau nak suruh orang sokong kita, kita kena tunjuk apa yang kita dah buat dan apa yang kita akan buat untuk rakyat. Masa depan negara di tangan rakyat. Mereka yang akan undi kita.

“Sebagai pemimpin kalau dah tunai tanggungjawab 90 peratus kira ok la, walaupun tak capai 100 peratus. Lagipun, kita bukan maksum. Yang penting janji kepada rakyat ditunaikan,” katanya ketika ditemui Ismaweb.net baru-baru ini.

Sementara itu mengulas mengenai dakwaan kononnya ekonomi negara makin jatuh merudum, Dr Azmi menyifatkan tuduhan yang dibuat sekadar mahu menakutkan rakyat.

Soalnya, bagaimana pembangkang boleh mengatakan ekonomi negara boleh jatuh.

“Itu namanya bohong, kita nak dengar cakap pembangkang atau cakap orang profesional? Rakyat kena buka mata, duduk bertenang dan dengar baik-baik.

“Kalau kata ekonomi merudum sebab GST, sebenarnya Malaysia adalah antara yang terendah dalam dunia, hanya 6 peratus sahaja. 500 barang dikecualikan GST, dan barang-barang itu orang miskin guna.

“Sekarang ini zaman sosial media, ramai yang sebarkan maklumat palsu. Rakyat kena hati-hati, jangan mudah termakan tohmahan. Jangan buat silap sebab masa depan kita bergantung di tangan kita,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close