Tarbiyyah

Organisasi mesra maklum balas

Tidak dinafikan selain masalah peribadi ahli, antara sebab lain yang menyebabkan ahli organisasi enggan memberikan maklumbalas ialah budaya gerakan yang ‘defensive’ (sering mempertahankan diri), tidak terbuka dan autokratik

Feedback is the breakfast of champions –  Ken Blanchard

Sudah tentulah contoh teladan perlu dimulakan di peringkat kepimpinan. Para pemimpin gerakan dakwah perlu menjadikan maklumbalas sebagai makanan dan sumber nutrien yang memberikan kekuatan untuk beraksi sepanjang hari. Cara paling mudah ialah dengan melontar soalan dan membuka ruang perbincangan. Ia boleh dilakukan melalui medan rasmi (dalam mesyuarat atau pertemuan formal) atau sekadar sembang santai di kedai kopi

Firman Allah s.w.t:

‘Dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka.’ (Surah Asy-Syura: 38)

Rasulullah s.a.w walaupun dipandu wahyu tetap bertanyakan pandangan serta pendirian para sahabat Baginda s.a.w. Contohnya dalam membuat keputusan terhadap tawanan perang Badar serta strategi untuk berperang di dalam atau di luar Madinah dalam peperangan Uhud. Nabi Muhammad s.a.w turut  menerima idea Al-Habab Bin Al-Munzir r.a yang mencadangkan peralihan lokasi kem tentera Islam dalam perang Badar serta pandangan Ummu Salamah r.a bagi menghadapi emosi kesedihan tentera Islam dalam peristiwa Perjanjian Hudaibiyah

Sabda Rasulullah s.a.w:

Tidak rugi orang yang beristikharah, tidak akan kecewa orang yang bermusyawarah dan tidak akan miskin orang yang hidupnya hemat.’ (Hadis riwayat Thabrani)

Constructive feedback can make you bitter or better – Robin Sharma

Setelah menerima maklumbalas, tindakan seterusnya yang perlu dilakukan oleh pemimpin organisasi ialah melakukan refleksi dan tindakbalas. Namun sebelum itu ia harus bermula dengan tetapan minda yang betul.

Jika maklumbalas diterima dengan minda defensive, merasa diri lebih baik dan tanpa semangat kerjasama pasukan yang mantap, sudah tentu ia akan menyebabkan diri tertekan, marah, tidak selesa dan mungkin mengundang rasa dendam yang tidak berkesudahan

Sebaliknya jika maklumbalas diterima dengan penuh positif, terbuka dan bersangka baik sudah tentulah ia akan menjadi batu loncatan terhadap pembaikan diri serta gerak kerja organisasi yang lebih tersusun dan cantik

Malah, jika terbukti maklumbalas yang diberikan silap sekalipun, ucapkan terima kasih dan tunjukkan penghargaan anda terhadap pihak yang mengutarakannya

Pelbagai kisah umat terdahulu yang dihancurkan Allah s.w.t dalam Al-Quran merupakan antara bentuk maklumbalas membina yang Allah s.w.t kurniakan kepada kita sebagai hamba-Nya.

Mahukah kita merenung dan memperbaiki diri?

Feedback is gift, constructive feedback is an investment

Umpama pelaburan kewangan yang dibuat untuk masa hadapan, maklumbalas juga mampu memberikan pulangan jangka masa pendek dan panjang yang amat bermanfaat kepada gerakan dakwah

Ia menjernihkan dan merapatkan hubungan antara pimpinan dan pekerja, meningkatkan prestasi pasukan serta menjadi punca keberkahan dan rahmat Allah s.w.t terhadap organisasi

Pelaburan kewangan boleh dilakukan melalui pelbagai instrumen seperti tunai, bon, ekuiti, dana dan komoditi. Justeru, pimpinan gerakan Islam juga perlu bijak mencipta pelbagai saluran bagi menggalakkan semua ahli melakukan ‘pelaburan’ maklumbalas untuk manfaat jangkamasa panjang organisasi masing-masing

Ini boleh dilakukan dengan kempen pembudayaan, wacana pemikiran ilmu, kaji selidik, mengurangkan birokrasi dalam pengurusan, memberi ganjaran terhadap penyumbang idea, membangun saluran maklumbalas atas talian serta banyak lagi method lain yang boleh difikirkan

Perubahan budaya ini ialah satu proses yang panjang, tapi amat berbaloi untuk diambil.

Ayuh, mulakan langkah pertama anda hari ini!

Ir Muhammad Lukman Al Hakim Muhammad

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close