Berita Utama

Veteran UMNO Napsiah Omar meninggal dunia

Allahyarhamah pernah menjadi menteri Kabinet bermula tahun 1982

KUALA LUMPUR, 1 Syaaban 1439H, Selasa – Veteran UMNO, Tan Sri Napsiah Omar, 74, meninggal dunia jam 6.10 petang semalam akibat barah hati.

Jenazah Allahyarhamah selamat dimandi, dikafankan dan disolatkan di Masjid Darul Ehsan, Taman TAR Ampang jam 9 pagi tadi.

Jenazah kemudiaannya dibawa ke rumah keluarga di Kampung Jawa sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Melang Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Allahyarhamah yang meninggalkan empat anak iaitu seorang lelaki dan tiga perempuan pernah menjadi Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 1982, Menteri Perusahaan Awam (1987), Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Sosial (1990) serta Anggota Majlis Eksekutif Negeri Sembilan (1995-1999).

Napsiah menyertai UMNO cawangan Kuala Pilah pada 1972 sebelum menjadi Anggota Parlimen Kuala Pilah selama tiga penggal sejak 1982.

Beliau kemudian menjadi Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pilah selama sepenggal selepas menewaskan Ruslan Kassim daripada PKR dengan majoriti 2,818 undi pada Pilihan Raya Umum ke-10 pada 1999.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close