Berita UtamaPRU14Utama

PAS Terengganu tak tercabar kehadiran PH pada PRU14

PH tak miliki tokoh hebat bina gelombang pengundi Terengganu

KUALA TERENGGANU, 1 Syaaban 1439H, Selasa – PAS Terengganu tidak melihat kewujudan blok baharu, Pakatan Harapan (PKR) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kali ini sebagai cabaran besar untuk parti itu menawan kembali negeri berkenaan.

Ketua Penerangan PAS Terengganu, Mohd Nor Hamzah berkata, kehadiran blok baharu berkenaan dilihat tidak mendapat sambutan di Pantai Timur, khususnya Terengganu yang hanya mengenali dua parti sahaja iaitu PAS dan Barisan Nasional (BN).

Bahkan beliau menyifatkan, PH – yang bersetuju menggunapakai logo PKR – tidak memiliki tokoh hebat di Terengganu untuk membina gelombang bagi menarik perhatian pengundi di negeri itu.

“Politik di Pantai Timur khususnya di sini, yang mereka kenal hanya dua sahaja. Sejak lahir sehingga mati PAS dan UMNO. Sebelum ini, datanglah parti apa pun, memang tidak dapat tumpuan.

“Kita melihat dan rakyat juga sedar PH sebenarnya tidak mendapat sambutan. Bermakna, blok berkenaan tidak dikenali pun di sini,” katanya ketika ditemui Ismaweb.net, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Mohd Nor berkata, PH juga sedang diselubungi dengan imej buruk khususnya Tun Dr Mahathir Mohamad, atas kezaliman sewaktu pemerintahannya sebelum ini.

“Dan ia juga dirasai oleh orang PH sendiri, terutama PKR. Bagaimana Anwar Ibrahim ditendang dan dikeluarkan daripada pentadbiran kerajaan BN.

“Oleh itu, PAS melihat PH bukanlah cabaran besar bagi kita,” katanya.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close