Dunia

Gempa bumi: Pasukan kecemasan PBB sedia dikerah ke Turkiye

UNDAC sedang nilai kerosakan akibat bencana

ANKARA, 16 Rejab 1444H, Selasa – Pasukan kecemasan Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (UNOCHA) bersedia untuk dikerahkan ke kawasan yang dilanda gempa bumi di Turkiye dan Syria.

“Kami terkejut dengan gempa bumi dahsyat yang melanda Turkiye dan Syria pada kemuncak musim sejuk ketika ini,” kata UNOCHA dalam kenyataan di Twitter.

Agensi itu berkata, pasukannya sedang menilai kerosakan menerusi Penilaian dan Penyelarasan Bencana PBB (UNDAC).

Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian, Flippo Grandi berkata, UNHCR bersolidariti untuk rakyat Turkiye dan Syria, selain sedia memberikan bantuan segera kepada mangsa yang terselamat melalui pasukan lapangan.

Angka korban gempa bumi dahsyat di selatan Turkiye dan Syria dilaporkan meningkat kepada lebih 3,000 orang, selain 8,533 yang lain cedera.

Setakat ini, 13 negara Kesatuan Eropah (EU) menawarkan pasukan penyelamat untuk membantu Turkiye selepas bencana berkenaan.

Ia membabitkan Bulgaria, Croatia, Czechia, Perancis, Greece, Belanda, Poland, Romania, Hungary, Itali, Sepanyol, Malta dan Slovakia. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button