Berita UtamaDunia

Isu Palestin tetap keutamaan Arab Saudi

Raja Salman tolak keputusan AS iktiraf Baitulmaqdis ibu negara Israel

DHAHRAN, 1 Syaaban 1439H, Selasa – Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz menegaskan bahawa isu Palestin masih menjadi keutamaan negara itu, dan kekal mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negaranya.

Raja Salman dalam ucapan perasmian Liga Arab di Dhahran kelmarin berkata, Arab Saudi akan terus memberi perhatian kepada Palestin sehingga rakyatnya memperoleh semua hak yang dirampas Israel.

“Ini kerana Palestin adalah isu nombor satu kita dan berterusan sehingga rakyat Palestin memperoleh semua haknya, terutama menjadi sebuah negara merdeka dengan Baitulmaqdis sebagai ibu negara,” katanya.

Beliau turut menolak keputusan kerajaan Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, dan menyambut baik persetujuan antarabangsa menolak langkah negara itu.

“Kita mahu tekankan di sini bahawa Baitulmaqdis merupakan bahagian penting bagi wilayah Palestin,” katanya.- Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close