Berita UtamaDunia

Penduduk luar Palestin mula tinggalkan Gaza

Ratusan penduduk berkumpul di pintu masuk sempadan Rafah

GAZA, 18 Rabiulakhir 1445H, Khamis – Kira-kira 110 pemegang passport asing telah meninggalkan Semenanjung Gaza dengan melalui pintu sempadan Rafah untuk memasuki Mesir.

Pengarah Media Sempadan Rafah, Wael Abu Mohsen berkata, kesemua pemegang passport asing mula meninggalkan wilayah tersebut.

Ratusan warga asing dan rakyat Palestin telah berkumpul di pintu masuk utama di Rafah sejak awal pagi semalam.

Media Mesir turut menyiarkan rakaman kenderaan, trak dan ambulans yang melintasi pintu masuk sempadan dari Gaza ke Mesir.

17 ambulans yang membawa rakyat Palestin yang cedera dalam serangan udara rejim Zionis juga melalui terminal berkenaan.

Selain itu, 20 buah trak yang dipenuhi bantuan kemanusiaan juga bergerak melalui pintu masuk Rafah – menjadikan jumlah keseluruhan trak bantuan dalam minggu ini mencecah 237 buah.

Sejak hujung minggu lalu, tentera Israel telah meluaskan serangan udara dan darat ke atas Semenanjung Gaza, yang telah diserang tanpa henti sejak tiga minggu lalu.

Malah sehingga kini 8,796 rakyat Palestin yang syahid termasuk kanak-kanak, wanita dan warga emas yang tidak bersalah sepanjang tempoh ini.

Semalam, pintu sempadan Rafah mula dibuka bagi membolehkan rakyat Palestin yang cedera dirawat di hospital Mesir. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button