Berita UtamaUtama

30 pelajar Maahad Imtiyaz Ipoh terima anugerah kecemerlangan

Anak cemerlang lahir daripada ibu bapa prihatin

IPOH, 1 Syaaban 1439H, Selasa – Seramai 30 pelajar telah diraikan dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Maahad Imtiyaz Ipoh, Perak (MIM), yang berlangsung pada Ahad lalu.

Antara penerima anugerah utama, Anugerah Za’ba (Tokoh Kecemerlangan) ialah Muhammad Izuan Shah Mohd Asri dan Anugerah Umar Abdul Aziz (Tokoh Pelajar) pula disandang oleh Ammar Zikri Shaharuzzaman. 

Selain itu, Anugerah Sultan Muhammad Al-Fateh iaitu Tokoh Hafazan pula disandang oleh Nu’aim Omar dan Putri Maryam Badrul Hisyam manakala Anugerah Khalid Al-Walid iaitu Tokoh Kokurikulum disandang oleh Muhammad Hamas bin Mohd Nazri dan Amirah ‘Aisyah Sharul Bahrin.

Majlis ini telah berlangsung dengan jayanya di premis maahad dan dirasmikan oleh Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Negeri Perak, Yang Berbahagia Ustaz Haji Musanif Mohammad Noh.

Pengetua MIM, Ustaz Rosidi Shahari berkata, beliau berbangga dengan pencapaian pelajarnya dan mengucapkan syabas kepada ibu bapa yang turut hadir dan aktif dalam mengikuti perkembangan anak-anak masing-masing di MIM. 

“MIM terutamanya barisan pendidik bukan hanya komited untuk melahirkan para huffaz yang hebat dari segi hafalan dan akademik tetapi yang lebih utama ialah melahirkan huffaz yang mempunyai akhlak dan peribadi yang unggul serta dapat mengesani masyarakat di sekelilingnya. 

“Ini kerana anak cemerlang lahir daripada ibu bapa yang prihatin, bukan daripada ibu bapa yang cemerlang  seperti berpangkat dan berharta,” katanya ketika berucapa dalam majlis itu.

Pada tahun lalu, seramai 10 orang pelajar telah berjaya memenuhi unjuran menghafal 10 juzuk setahun dan seramai 6 orang pelajar telah berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk Al-Quran.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close