Berita UtamaUtama

Tindakan tegas kepada pelajar berkelakuan melampau

Pelajar diseru tidak terpengaruh perbuatan negatif di media sosial

KUALA LUMPUR, 29 Rejab 1439H, IsninKementerian Pendidikan akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pelajar yang bertindak atau berkelakuan melampaui batas sehingga mendatangkan kecederaan dalam kawasan sekolah.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Chong Sin Woon berkata demikian susulan daripada video sekumpulan pelajar memukul salah seorang daripada mereka dengan alasan menyambut hari lahirnya.

Video itu dimuat naik dan mula tular dalam laman media sosial, Facebook.

“Perbuatan pelajar yang tular baru-baru ini bukanlah budaya kita. Tetapi, mereka ini mudah terpengaruh sehingga melampaui batas dan melakukan perkara yang boleh menyebabkan kecederaan.

“Kita akan ambil tindakan kepada semua pelajar yang berkelakuan melampaui batas dan dilihat menyalahi peraturan yang ditetapkan,” katanya seperti dilapor portal tempatan.

Pada masa sama, Woon turut menyeru para pelajar agar tidak terpengaruh dengan perkara atau perbuatan negatif yang tular dalam laman media sosial mahupun YouTube.

“Saya juga menyeru kepada guru-guru di sekolah agar memberikan penelitian terhadap perlakuan murid-murid. Mereka juga disarankan untuk menekankan unsur-unsur budaya kita semasa perhimpunan.

“Tanggungjawab mereka bukan hanya mengajar, tetapi perlu juga lihat cara pelajar bergaul di sekolah. Disebabkan itu kita ada program rakan sebaya di mana pelajar itu sendiri menjadi mata dan telinga kepada guru-guru dalam menangani perkara sebegini,” katanya.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close