Berita UtamaPRU14Utama

PRU14: Senarai penuh calon PPBM bagi kerusi Parlimen, DUN Kedah

Mukhriz kembali ke Parlimen Jerlun, turut tanding kerusi DUN Jitra

BANGI, 29 Rejab 1439H, Isnin – Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan bertanding dua kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) iaitu kawasan Parlimen Jerlun dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jitra.

Senarai calon parti itu yang mewakili Pakatan Harapan (Harapan) dan menggunakan simbol PKR membabitkan lima kerusi Parlimen dan 14 kerusi DUN, diumumkan Pengerusi Harapan yang juga bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir sendiri akan bertanding di kerusi Parlimen Langkawi.

Mukhriz pernah bertanding kerusi Parlimen Jerlun atas tiket Barisan Nasional (BN) pada 2008 lalu dan menang dengan mengalahkan calon PAS. Beliau memperoleh 19,424 undi, manakala calon PAS, Idris Ahmad mendapat 17,219 undi.

Pada PRU13 lalu, beliau bertanding di kerusi DUN Ayer Hitam. Mukhriz bertanding mewakili BN memperoleh 14,083 undi mengalahkan calon PAS, Abdul Ghani Ahmad (11,637 undi), dan dilantik menjadi Menteri Besar Kedah, sebelum ‘digulingkan’ berikutan krisis dalam UMNO.

Pada PRU13, kerusi Parlimen Jerlun dimenangi calon BN, Datuk Othman Aziz yang memperoleh majoriti 3,270 apabila mendapat 24,161 undi, mengalahkan calon PAS, Ismail Salleh (20,891 undi).

“Pada malam ini saya diberi tugas untuk mengumumkan nama-nama calon parti pribumi di negeri Kedah. Ia lah kita seronok.. tentulah ada orang yang tidak dapat, tetapi bercita-cita dia akan dapat.. tetapi tidak dapat.. tetapi dalam perjuangan, tidak boleh lah semua menang..

“Kalau nak ada Perdana Menteri pun satu saja..Kalau semua nak jadi Perdana Menteri rosaklah negara.. dia dok perang..Jadi ini adalah nama-nama calon yang telah diputuskan bagi negeri Kedah, tetapi terhad kepada calon-calon parti pribumi sahaja.

Berikut adalah senarai calon yang diumumkan malam tadi:

Bekas Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) calon kerusi Parlimen Pendang

PARLIMEN

  1. Langkawi – Tun Dr Mahathir bin Mohamad
  2. Jerlun – Datuk Seri Mukhriz bin Mahathir
  3. Kubang Pasu – Datuk Ir Amiruddin bin Hamzah
  4. Pendang – Wan Saiful bin Wan Jan
  5. Baling – Mohd Taufik bin Haji Yaacob
  6. Jerai – Akhramsyah Muammar Ubaidah bin Sanusi

KERUSI DUN

  1. Ayer Hitam – Datuk A Aziz bin Mohamad
  2. Bukit Kayu Hitam – Halimahton Saadiah binti Saad (Srikandi)
  3. Jitra – Datuk Seri Mukhriz bin Mahathir
  4. Anak Bukit – Datuk Ir Amiruddin bin Hamzah
  5. Bukit Lada – Mohd Aizad bin Roslan
  6. Kuala Nerang – Syed Fadzil bin Syed Embun
  7. Sungai Tiang – Abdul Razak bin Khamis
  8. Jeneri – Mohd Nazari bin Abu Hassan
  9. Bayu – Abdul Rahim bin Haji Kechik
  10. Guar Chempedak – Mohd Saffuan bin Sabari
  11. Tanjung Dawai – Mejar (B) Annuar bin Abd Hamid
  12. Bandar Baru – Datuk Azimi bin Daim
  13. Kuah – Mohd Firdaus bin Ahmad
  14. Ayer Hangat – Johari bin Bulat
Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close