Berita UtamaUtama

Peluang PAS di Temerloh 50-50

Peralihan Nasrudin ke Indera Mahkota impak imej PAS

KUALA SEMANTAN (TEMERLOH), 29 Rejab 1439H, Isnin – PAS Temerloh menjangkakan peluang untuk merebut kerusi Parlimen daerah itu hanya 50-50 pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Yang Dipertua PAS Temerloh, Md Jusoh Darus berkata, pertembungan hebat tiga penjuru di daerah itu sedikit sebanyak memberi tekanan kepada PAS.

Malah, berdasarkan tinjauan, peralihan Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan Tantawi ke Indera Mahkota dilihat turut memberi impak kepada imej PAS di daerah tersebut.

Rata-rata penduduk berkata, Nasrudin jarang kelihatan di Temerloh dan tidak terlalu menonjol jika dibandingkan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Lanchang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin.

Bagaimanapun, Md Jusoh berkata, sokongan pengundi terhadap parti itu tetap sama kerana mereka mahukan calon yang sememangnya menetap di sini.

“Kedudukan bertukar calon tiada kesan yang nyata kerana rata-rata pengundi mahu calon yang menetap di Temerloh.

“Walaupun saya, calon P088 berasal dari Kedah, saya telah menetap di Pahang sejak 1979, di Temerloh sejak 1985.

“Saya juga telah berkhidmat selama 32 tahun dengan Felda di Pahang juga terlibat dengan NGO sejak 80an,” katanya kepada Ismaweb.net.

Pada PRU-13, Nasrudin memenangi kerusi Parlimen Temerloh selepas menewaskan calon BN, Datuk Saifuddin Abdullah yang kini menyertai PKR dengan majoriti 1,070 undi.

BN pula menang di kerusi DUN Lanchang menerusi Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Temerloh, manakala DUN Mentakab dimenangi wakil DAP, Tengku Zulpuri Shah Raja Puri.

DUN Kuala Semantan pula dimenangi wakil PAS, Syed Hamid Syed Mohamed namun kini beliau telah menyertai Parti Amanah Negara (PAN).

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close