Berita UtamaUtama

PAS tanding 5 kerusi Parlimen di Sarawak

PRU14 hanya kawasan Parlimen, pilihan raya negeri diadakan pada 2016

MIRI, 29 Rejab 1439H, Isnin – PAS hari ini mengumumkan akan bertanding di 5 kerusi Parlimen di Sarawak pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti.

Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofrie Jaraie berkata parti itu akan meletakkan calon di Petra Jaya, Samarahan, Batang Sadong, Batang Lupar dan Sibuti.

“Pengumuman senarai calon dijangka dibuat di bandar Kuching pada Sabtu ini, 21 April,” katanya kepada Bernama.

PAS dijangka bertemu Barisan Nasional (BN) dan Amanah daripada Pakatan Harapan di Samarahan, Batang Lupar dan Batang Sadong serta berhadapan dengan calon BN dan PKR di kerusi Petra Jaya dan Sibuti.

Semua kerusi itu adalah kubu kuat BN yang diwakili Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sebelum pembubaran Parlimen ke-13. Untuk rekod, pada PRU13, PAS bertanding di 5 kerusi Parlimen di Sarawak tetapi semua calonnya kalah.

Hanya pilihan raya Parlimen dijalankan di Sarawak pada PRU14 kerana pilihan raya negeri diadakan pada 2016. -Bernama

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close