Berita UtamaUtama

PAS akan tanding semua kerusi Bentong

Penduduk mahu calon muslim jadi wakil mereka di Parlimen, DUN

 

KETARI (Bentong), 29 Rejab 1439H, Isnin – PAS bakal bertanding di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen Bentong pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

Memaklumkan perkara itu, calon DUN Pelangai, Ustaz Abdul Hamid Bahatim berkata, keputusan itu dibuat bagi memenuhi hasrat penduduk sekitar Bentong.

“PAS tak pernah bertanding dalam DUN lain melainkan DUN Pelangai. Penduduk di sini mereka mahu calon muslim untuk mewakili mereka, termasuk masyarakat sekitar yang tak pernah mengundi PAS

“Jadi kita masuk bertanding atas dasar ini, tanggungjawab sebagai muslim,” katanya ketika ditemui Ismaweb.net.

Pada PRU13, Datuk Seri Adnan Yaakob mempertahankan kerusi DUN berkenaan apabila mendapat 6,245 undi menewaskan calon PAS, Abdul Hamid yang memperoleh 3,770 undi.

Mengulas lanjut, beliau berkata, PRU14 memberi kelebihan kepada PAS kerana kaum Cina di sini sudah tidak melihat DAP sebagai satu parti telus berikutan banyaknya rekod rasuah.

“Kita lihat situasi politik hari ini dah berpecah dua. Sebahagian undi BN sebahagian undi DAP. Sejak akhir-akhir ini saya ada bertemu orang DAP.

“Ada yang tak puas hati bila ambil Tun Mahathir jadi Pengerusi Pakatan Harapan. Kedua, mereka turut mempertikaikan lambang kerana dia dah 50 tahun wujud tetapi tak boleh guna lambang dia.

“Jadi kita anggap persaingan dengan DAP itu tidak terlalu sukar dan sebahagian besar undi Cina mungkin boleh kita dapat,” katanya.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close