Berita UtamaDunia

Israel putus tidak teruskan siasatan pembunuhan Shireen Abu Akleh

Keluarga Shireen anggap Zionis sengaja tutup kebenaran dan elak bertanggungjawab

TEL AVIV, 9 Safar 1444H, Selasa – Pasukan tentera negara haram Israel memutuskan untuk tidak meneruskan siasatan pembunuhan wartawan kanan Al-Jazeera, Shireen Abu Akleh walaupun mengakui kemungkinan dibunuh secara tidak sengaja oleh tenteranya.

Siasatan yang dijalankan sebelum ini mendapati wartawan berusia 51 tahun itu terkorban dalam tembakan oleh tentera Zionis ketika melakukan serbuan di bandar Jenin, Tebing Barat pada 11 Mei lalu.

“Kemungkinan besar Shireen secara tidak sengaja ditembak oleh tentera Zionis,” kata laporan tentera berkenaan.

Laporan itu juga mendakwa, wartawan berkenaan berkemungkinan terkena tembakan penduduk Palestin walaupun semua penyiasatan bebas menafikan dakwaan berkenaan.

Berikutan itu, rejim Zionis secara tegas memutuskan untuk tidak membuka siasatan jenayah lagi ke atas Shireen kerana tiada syak wasangka kesalahan jenayah.

Sementara itu, keluarga Shireen menyifatkan tentera Israel sengaja menutup kebenaran selain mengelak untuk bertanggungjawab di atas perbuatan mereka.

Malah, keluarga Shireen berjanji akan terus menekan Amerika Syarikat (AS) supaya meneruskan tindakan selepas rejim Zionis gagal bertanggungjawab. – Agensi.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button