Berita UtamaUtama

Bersatu tanding 2 kerusi Parlimen, 6 DUN di Melaka

Bekas Hakim Mahkamah Tinggi bertanding di Parlimen Masjid Tanah

MELAKA, 29 Rejab 1439H, Isnin – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bakal bertanding di dua kerusi Parlimen dan enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu pada PRU14.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Bersatu, Mohd Redzuan Yusof dalam majlis suai kenal calon Harapan lewat malam tadi mengumumkan beliau akan bertanding di Parlimen Alor Gajah sebagai calon Harapan.

Beliau turut mengumumkan bekas Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Dr Sabirin Ja’afar akan bertanding di Parlimen Masjid Tanah, yang sebelum ini disandang Ketua Pergerakan Puteri Umno, Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang juga Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan.

Selain itu bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Dr Roslin Husin akan bertanding di Dun Ayer Limau dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Mohd Rafiq Naizamohideen bertanding di Dun Paya Rumput.

Dun Lendu akan ditandingi Riduan Abu Bakar seorang jurutera, Dun Sungai Rambai calonnya Azalina Abd Rahman, Dun Asahan ditandingi Zamzuri Ariffin seorang jurutera, dan Dun Telok Mas ditandingi Fendi Ahmad seorang pensyarah. – Bernama

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close