Berita UtamaPRU14Utama

‘Melayu tak bodoh seperti pemimpin UMNO harapkan’

Harapan tak tabur gula-gula, niat ikhlas hapus penyelewengan BN

IPOH, 29 Rejab 1439H, Isnin – Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak yakin rakyat tidak lagi akan memilih pemimpin yang memperdaya mereka selama tempoh lima tahun pentadbiran negara.

Dalam pertemuan bersama Ismaweb.net baru-baru ini, Ketua pemudanya, Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh berkata, rakyat sudah sedar yang kerajaan Barisan Nasional (BN) sudah tidak boleh dipercayakan lagi.

Mengakui pernah menjadi penyokong tegar UMNO katanya, beliau sedar parti yang kononnya memperjuangkan Melayu itu, sebenarnya banyak menipu rakyat.

“Melayu bukan bodoh seperti pemimpin UMNO harapkan. Zaman teknologi maklumat di hujung jari. Orang Melayu boleh menilai perkara yang benar dan yang salah.

“Kita boleh lihat media perdana yang dikuasai oleh BN, cuba menutup perkara-perkara yang benar, malah menfitnah pemimpin Pakatan Harapan.

“Kali ini, kami ajak rakyat untuk sama-sama berusaha menyelamatkan negara daripada kebinasaan di bawah kepimpinan Najib. Kami mengajak rakyat untuk bekerja bersama kami. Tiada gula-gula. Kami yakin dengan usaha bersama niat ikhlas kerana Allah, ianya akan dipermudahkan serta memperolehi kejayaan,” katanya.

Mengulas lanjut Mubin berkata, perpaduan atau kesatuan Pakatan Harapan semuanya berpunca daripada keinsafan setiap parti komponen melihat kerakusan penyelewengan kuasa pimpinan BN.

“Kebencian terhadap rasuah adalah punca utama semangat bersatu dalam Harapan. Ini adalah sifat kerajaan Islam.

“Apabila kita berusaha bersungguh-sungguh untuk memperbaiki perkhidmatan kepada rakyat, bukan sahaja kedudukan Islam dan Melayu lebih kukuh, tetapi semua rakyat tanpa mengira kaum.

“Harapan akan sentiasa mendekati rakyat dengan pelbagai latar belakang. Dari segi kemantapan Islam, Harapan akan mendapatkan nasihat dan pandangan agamawan untuk melaksanakan apa yang perlu,” katanya.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close