Berita UtamaUtama

Bersatu tanding 6 kerusi Parlimen, 9 DUN di Pahang

Ketua Bahagian Indera Mahkota lawan Najib di Pekan

 

KUANTAN, 28 Rejab 1439H, Ahad –  Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengumumkan bertanding di enam kerusi Parlimen dan sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pahang, pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), 9 Mei depan. 

Enam kerusi Parlimen berkenaan adalah Lipis, Jerantut, Paya Besar, Pekan, Maran dan Kuala Krau.

Manakala kerusi DUN pula ialah Padang Tengku, Tahan, Peramu Jaya, Bebar, Chenor, Jenderak, Kemayan, Bukit Ibam dan Muadzam Shah.

Dalam pengumuman yang dibuat hari ini, Pengerusi Perhubungan Bersatu negeri, Wan Mohd. Shaharir Wan Abdul Jalil berkata, Ketua Bahagian Indera Mahkota, Kamarul Ariffin Mohd. Shahar akan bertanding di Parlimen Pekan, lapor Utusan. 

Beliau sekaligus akan menentang Datuk Seri Najib Razak, yang sudah dipilih sebagai ahli Parlimen Pekan selama 9 penggal berturut-turut.

Najib pertama kali dipilih di Pekan pada 1976 ketika berusia 23 tahun. 

Antara calon-calon kerusi Parlimen lain ialah Timbalan Ketua Bersatu Lipis, Ahmad Pozi Yahaya akan bertanding di Lipis; Wan Mohd. Shaharir (Jerantut); Exco Pemuda Bersatu Pusat, Mohd. Ashraf Mustaqim Badrul Munir (Paya Besar); Ahmad Farid Ahmad Nordin (Maran) dan Mohamad Rafidee Hashim di Kuala Krau.

Manakala di DUN, Timbalan Pengerusi Bersatu negeri, Datuk Salim Abd. Majid akan bertanding di DUN Peramu Jaya; AJK Bersatu Lipis, Alias Abd. Rahman (Padang Tengku), Nordin Samat (Tahan), Naib Ketua Bahagian Kuantan, Afif Syirol Abdul Rahman (Bebar).

Selain itu, Ketua Srikandi Bersatu, Zuliana Mohamed (Chenor), Faizah Baharom (Jenderak); Mohamed Jidi Yaakob (Kemayan); Zulkarnain Mohamad Ridzun (Bukit Ibam) dan Muadzam Shah akan ditandingi Ketua Penerangan Bersatu, Osman A. Bakar.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close