Berita UtamaUtama

Arak: Netizen kecam majlis dana PRU anjuran Harapan

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 28 Rejab 1439H, Ahad – Netizen mengutuk majlis kutipan dana Pilihan Raya Umum (PRU) anjuran Pakatan Harapan semalam, di Golden Empire Palace Restoran Tanjung Lumpur, Kuantan yang disifatkan sebagai tidak menghormati keberadaan umat Islam.

Ia susulan hidangan arak dan makanan tidak halal secara terbuka kepada orang bukan Islam, dipercayai bercampur dengan orang Islam juga dalam majlis itu.

Rata-rata netizen mengkritik dan meluahkan rasa kecewa kerana berpendapat majlis seumpama itu tidak sepatutnya menghidangkan arak.

“Maaf, kalau betul orang DAP, mereka sepatutnya hormat kepada orang Islam, dan mereka tak patut minum arak pada majlis kutipan dana sebegitu.

“Kalau dalam majlis macam itu pun mereka tak boleh hormat, macam mana kalau dah berkuasa nanti? Cuba bayangkan dengan ikhlas…nasib agama kita selepas ini,” tulis Azrin Desa.

Nazrul Nazir pula mempersoal tempat kutipan dana yang dibuat di restoran yang menyediakan arak.

Katanya, masih banyak kedai makan, mahupun restoran lain sekitar Kuantan boleh digunakan untuk pengumuman calon.

“Walaupun dipisahkan tempat non Muslim di luar dewan, dan Muslim di dalam dewan, pimpinan PH Melayu masih berada di dalam dewan yang menyediakan arak. Apakah mereka reda dengan arak yang dihidangkan dalam dewan yang mereka ada bersama?

“Duit yang didermakan, disumbang dan digunakan untuk jamuan, bagaimana statusnya? Adakah tidak termasuk duit orang Islam di meja yang ada arak? Apa hukumnya? Mana pergi suara PAN dan PKR sebagai parti Islam dalam PH?,” soalnya.

Antara mereka yang beragama Islam, makan di meja luar dewan

 Sementara itu, Abidin Sharif berkata, tidak dinafikan majlis arak boleh melibatkan pimpinan parti dalam Pakatan Harapan.

“Memang inilah pengalaman saya dulu, bila menghadiri jamuan Pakatan Rakyat yang dianjurkan oleh DAP. Itulah kali pertama dan kali terakhir saya hadir dalam majlis mereka. Elok sangat PAS keluar PR,” katanya.

Man Kamis pula berkata, majlis Harapan ni tidak akan mendapat keberkatan, lebih-lebih adanya benda haram.

“Kalau majlis tu bercampur haram takkan adanya keberkatan. Lainlah kalau semua bukan Islam. Lantak lah nak buat apa. Ini baru nak umum calon. Rasanya kalau menang, dah tak boleh bayang apa mereka akan buat,” katanya.

Sebaliknya, Ahli Parlimen PKR, Fuziah Salleh dalam status di Facebooknya mempertahan majlis itu, kononnya ia memisahkan tempat duduk antara orang Islam dan bukan Islam.

Katanya, penyediaan makanan kawasan tidak halal diletakkan di dalam dewan, manakala kawasan makanan halal berada di luar dewan.

Namun, netizen beranggapan ia tetap tidak sepatutnya berlaku.

“Fuziah, awak tak penah dengar hadis nabi ke? Walau pun awak tak minum tapi tolong bawak, tolong hidang, tolong sedia sama aje dosanya.

“Awak nak hormat non Muslim, tapi awak tak hormat larangan Allah dan orang Muslim yang ada dalam majlis tu. Ini bukan masalah iman kuat atau tak. Ini masalah cetek pengetahuan agama,” tulis AR Fazal Redza.

 

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close