Berita UtamaPRU14TULARUtama

PRU14: Gadis poster tular ‘bang pilih biru muda bukan bini muda’ nak lapor polis gambar dicuri

Pelajar universiti kecewa gambar diguna untuk kempen politik

BANGI, 27 Rejab 1439H, Sabtu – “Bang…pilih biru muda saja tau bukan bini muda”. Itu antara ayat yang terpapar pada sekeping poster yang beredar pantas dan menjadi tular dalam laman sosial, menyebabkan seorang pelajar sebuah universiti di Shah Alam, berasa kecewa dan tertekan.

“Sumpah aku tak halalkan, makin benci pulak aku dengan politik. Over the limit lah orang zaman sekarang.” Balas Nurul Aida Azira Mohd Kassim, 19, apabila mendapati gambarnya dicuri dan disalahgunakan pihak tertentu ketika demam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) semakin memuncak ke hari pengundian pada 9 Mei ini.

Betul atau tidak ‘unit propaganda’ Parti Keadilan Rakyat (PKR) – kemungkinan juga di pihak Barisan Nasional (BN) – atau parti lain, yang sengaja menggunakan gambarnya, Nurul Azira yang menggunakan nama Aidaazira dalam akaun Twitter, menuduh PKR berbuat demikian.

“Mula mula aku sabar sahaja PKR. Tapi setiap kali orang hantar benda (poster) itu dekat aku. Aku rasa annoying malu pon ada. Kalau aku kena fitnah, korang nak bayar ke segala kerugian aku? Oh lupa lah semua nak untung je. Itulah sampai menyusahkan orang,” tulisnya dalam Twitter itu.

Menyatakan akan membuat laporan polis mengenai poster politik menggunakan gambarnya itu, dia melahirkan kekesalan dan terganggu apabila gambar itu menjadi tular di media sosial dan akhbar tempatan.

“Kalau boleh saman dan aku tahu siapa buat gambar ni sumpah aku maki. Kau mesti orang politik dah 21 ke atas. Suka suka hati kau nak guna gambar aku.

“Sumpah aku tak halalkan, makin benci pulak aku dengan politik. Over the limit lah orang zaman sekarang. Kalau cuma viral dekat media sosial sahaja tidak mengapa. Ini sampai masuk newspaper. How could u politician take advantage with 19 years old girl ?

“Dah lah curi gambar orang. Lepas itu buat poster tah apa apa. Nak kempen, kempen jelah. Tak payah lah mengacah suruh orang jangan cari bini muda lah apalah,” katanya.

Meluahkan kekecewaan selepas poster itu menjadi tular dan disoal oleh pensyarahnya, Nurul Aida menulis:

“Ingat aku bangga ke muka aku pampang depan depan surat khabar untuk raih undi korang ? Kalau nak kata aku tak beradab? Silakan. Aku sabar dari mula gambar ini tersebar .

“Aku senyap, aku sabar je tahan malu. Kalau gambar perempuan lain mungkin yelah diorang boleh terima sebab diorang sendiri tangkap dengan bendera parti masing-masing.

“Last kalau boleh aku nak orang yang edit curi gambar aku dekat insta ni sendiri minta maaf dekat aku. Untuk tahu benda sebenar pasal poster ni, saya buat laporan polis.”

 

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close