Berita UtamaDuniaTimur TengahUtama

Di mana Bashar tatkala Barat siap sedia untuk serang Syria?

Laporan media dakwa Presiden Syria bakal dipindahkan ke Tehran

DOUMA (SYRIA), 26 Rejab 1439H, Jumaat – Tatkala rejim Syria berdepan dengan ugutan serangan daripada tentera Barat, khususnya Amerika Syarikat (AS), media membuat andaian di mana Presiden Bashar al-Assad kini berada.

Al-Quds Al-Arabi melaporkan pelbagai andaian dibuat mengenai kedudukan Bashar dan keluarganya selepas Barat mengugut untuk menyerang Syria setelah dituduh menggunakan senjata kimia membunuh ratusan penduduk negara itu, terutama di kawasan dikuasai pejuang.

Portal pembangkang Iran, Amade News, memetik seorang pegawai Pengawal Revolusi berkata, Presiden Syria dan keluarganya itu sedang dipersiapkan untuk dipindahkan ke Tehran.

Langkah itu dibuat berikutan keadaan cemas dan bimbang terhadap keluarga masing-masing mula tersebar di kalangan pegawai atasan Pengawal Revolusi, lapor portal itu.

Bagaimanapun, agensi berita Russia, Ria Novosti, menolak dakwaan itu sambil menyatakan Bashar dan keluarganya masih berada di Syria.

Al-Quds Al-Arabi juga berkata, media Israel melaporkan bahawa Bashar dan keluarganya telah meninggalkan istana di Damsyik menggunakan konvoi tentera Russia, tetapi tidak dinyatakan destinasinya. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close