DuniaTimur TengahUtama

AS akan serang rejim Syria

Russia berjanji pertahan kerajaan Bashar al-Assad

WASHINGTON, 26 Rejab 1439H, Jumaat – Amerika Syarikat (AS) akan menyerang tidak kira sama ada cepat atau lambat. Langkah ini diumumkan Presiden Donald Trump dalam Tweeter semalam, yang menyebabkan banyak negara meramalkan AS benar-benar akan menyerang Syria.

Tweeter yang dihantar semalam, muncul selepas beberapa mesej di mana Trump memberitahu Russia supaya bersiap sedia dengan serangan peluru berpandu ke atas Syria, dan pegawai Russia pula berjanji akan menembak jatuh peluru berpandu itu.

Jurucakap Kementerian Luar Russia, Maria Zakharova ketika mengulas kenyataan Trump itu berkata, peluru berpandu itu sepatutnya menghala ke arah pengganas, bukan kepada kerajaan Syria yang sah.

Sebelum ini, AS dan beberapa negara Eropah mengugut akan mengambil tindakan terhadap kerajaan Syria sebagai tindak balas ke atas rejim Bashar al-Assad kerana disyaki menggunakan senjata kimia untuk menyerang kubu kumpulan pejuang di Douma.

Russia adalah sekutu utama dan kuat rejim Bashar.

Bagaimanapun, Kremlin cuba meredakan ketegangan itu apabila jurucakapnya, Dimitri Peskov berkata, Russia menyokong pendekatan yang serius berhubung senjata kimia itu.

“Kami percaya adalah penting untuk tidak mengambil tindakan yang boleh memburukkan lagi situasi yang tegang sekarang,” katanya yang dipetik daripada Interfax. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close