Berita Utama

Kes hukuman mati: Ismail Sabri mohon Singapura ringankan hukuman

Kemukakan permohonan baharu Pengampunan Presiden Singapura

 

KUALA LUMPUR, 2 Rabiulakhir 1443H, Ahad – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob difahamkan telah mengutuskan surat kepada rakan sejawatannya di Singapura Lee Hsien Loong, bagi meringankan hukuman kes melibatkan seorang rakyat Malaysia yang dijadualkan menjalani hukuman gantung kerana mengedar dadah.

Bernama  difahamkan bahawa Ismail Sabri telah meminta kerajaan Singapura untuk kemungkinan menangguhkan hukuman tersebut dan mengemukakan permohonan baharu Pengampunan Presiden Singapura bagi kes melibatkan D. Nagaenthran.

Nagaentharan, 33, yang didakwa peguamnya sebagai seorang kurang upaya pembelajaran, telah ditahan pihak berkuasa Singapura pada 22 April 2009 atas kesalahan penyeludupan 42.72 gram dadah jenis diamporphine dan dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Singapura pada 22 Nov 2020.

Proses rayuan melalui mahkamah telah pun dibuat sehingga ke peringkat akhir, iaitu melalui permohonan Pengampunan Presiden Singapura dan ditolak pada 1 Jun 2020.

Hukuman mati itu dijadualkan dilaksanakan pada 10 Nov. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button