Pendapat

Dalam masa 4 hari Yayasan Ikhlas selesai isu jambatan di Kg Cenderamata

Seorang wanita dermawan tampil tawar diri taja projek ini

SAYA mengiklankan permohonan sumbangan daripada penduduk Kg Cenderamata, Sandakan, Sabah pada jam 3 petang, Isnin, 7 Februari 2022.

Dalam masa tiga jam, pada hari yang sama, seorang wanita dermawan tampil menawarkan diri untuk menaja projek ini.

Selama ini, jambatan usang dan reput ini merupakan laluan utama mereka untuk ke surau bersolat jemaah, solat Jumaat dan untuk mengikuti kelas-kelas pengajian.

Alhamdulillah, dalam masa empat hari sahaja, jambatan kayu sepanjang 120 kaki yang ditaja ini telah disiapkan oleh penduduk tempatan.

Semoga Allah berkati rezeki wanita dermawan ini, dan dianugerahi keluarganya dengan kebaikan yang berpanjangan.

Begitu juga kepada semua yang menyumbang dalam apa jua bentuk.

Indahnya hidup bersilaturahim dan berkasih sayang, demi umat dan negara.

Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin
Pengerusi Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Ikhlas

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button