Berita Utama

Subjek alam sekitar diperkenal mulai tahun depan

Malaysia negara ASEAN ketiga perkenal silibus selepas Filipina, Vietnam

KUALA LUMPUR, 25 Rejab 1439H, Khamis – Mulai tahun depan, kerajaan akan memperkenalkan subjek alam sekitar dalam sukatan pelajaran peringkat sekolah rendah dan menengah di seluruh negara.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, Malaysia adalah negara ketiga di rantau ASEAN yang memperkenalkan subjek berkenaan selepas Filipina dan Vietnam.

Beliau berkata, pengenalan silibus yang diluluskan Kabinet pada mesyuarat terakhir 6 April lalu merangkumi pemuliharaan hutan, sungai, laut, udara, keselamatan dan alam sekitar serta perubahan iklim.

“Banyak kementerian dan agensi terbabit dengan pelaksanaannya iaitu Kementerian Pendidikan; Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dan Pusat Kajian Kualiti Air dan Alam Sekitar (NAHRIM).

“Subjek ini penting untuk kesedaran penjagaan alam sekitar kerana banyak negara terbeban dengan perubahan iklim khususnya negara di Lautan Pasifik,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Wan Junaidi berkata, subjek berkenaan bukanlah baharu sebaliknya telah diperkenalkan di banyak negara sejak 1992, selepas Sidang Kemuncak Rio.

“Menjelang 2050, kita menyasarkan 40 juta penduduk negara ini memahami kepentingan menjaga alam sekitar sejajar perubahan iklim dunia,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close