Berita UtamaDunia

257 maut kapal terbang tentera terhempas di Algeria

Pihak penyelamat masih belum dapat sahkan jika ada mangsa terselamat

ALGIERS, 24 Rejab 1439H, Rabu – Sekurang-kurangnya 257 orang terkorban dalam insiden kapal terbang tentera terhempas berhampiran pangkalan udara Boufarik dekat ibu negara Algeria di sini, hari ini.

Menurut media negara itu, pesawat Ilyushin II-76 berkenaan dilaporkan terhempas ketika berlepas dari lapangan terbang Boufarik pagi ini.

Kementerian Pertahanan Algeria mengesahkan 247 penumpang dan 10 anak kapal adalah mangsa yang terkorban dalam nahas itu.

Dilaporkan, kesemua mangsa terlibat termasuklah 26 anggota pergerakan pembebasan Western Saharan Polisario – sebuah wilayah yang dituntut Maghribi.

Setakat ini, pihak penyelamat masih belum dapat mengesahkan sama ada terdapat mangsa yang terselamat.- Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close