Asean/Asia-PasifikBerita UtamaDuniaUtama

Mangsa tiga letupan bom Sungai Golok meningkat 13 orang

Tiada rakyat Malaysia cedera dalam kejadian semalam

NARATHIWAT, 23 Rejab 1439H, Selasa – Bilangan mangsa yang cedera dalam kejadian tiga letupan bom di pekan Sungai Golok petang semalam, meningkat kepada 13 orang termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun.

Ketua Polis Sungai Golok, Kolonel Prayuth Wongsanti berkata, pihak keselamatan sedang memburu enam individu dipercayai terlibat dengan insiden letupan bom itu berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

“Mangsa yang cedera terdiri daripada individu berusia 53 tahun sehingga kanak-kanak berusia tiga tahun,” katanya kepada pemberita hari ini dan menambah, semua mangsa menerima rawatan di hospital berhampiran.

Dalam kejadian 6 petang (waktu tempatan) semalam, tiga butir bom motosikal meletup di tiga kawasan berasingan di pekan sempadan yang popular dengan pengunjung Malaysia berikutan kedudukannya yang berhampiran dengan Rantau Panjang, Kelantan.

Setakat ini tiada laporan mengatakan pelancong Malaysia tercedera dalam insiden letupan bom semalam itu.

Menurut Prayuth, bom pertama meletup di hadapan sebuah pusat karaoke di Jalan Prachaviwat diikuti letupan kedua di hadapan sebuah restoran dan bom ketiga di belakang Hotel Plaza. – Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close