Berita Utama

Isma terima kunjungan rasmi Jamaah Al-‘Adl wal Ihsan dari Maghribi

Oleh Mohd Firdaus Salleh Hudin

BANGI, 23 Rejab 1439H, Selasa – Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) menerima kunjungan rasmi daripada satu gerakan Islam di Maghribi, Jamaah Al-‘Adl wal Ihsan (Pertubuhan Keadilan dan Ihsan).

Presiden Isma, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman bersama Naib Presiden, Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin menyambut kunjungan Anggota Majlis Irsyad Jamaah, Sheikh Abdul Hadi Al-Khabaliah dan Dr Abdul Ali Al-Mas’ul di pejabat Isma di sini petang tadi.

Ustaz Abdullah Zaik ketika ditemui Ismaweb berkata, perbincangan lebih bertumpu kepada perkongsian pengalaman kedua-dua pihak dalam menggerakkan amal Islam di negara masing-masing.

Turut hadir Ahli Jawatankuasa Pusat Isma, Ustaz Mohamad Ismail dan Ustaz Wan Hisyam Wan Embong.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close