Berita UtamaUtama

Didoakan Ustaz Amin cepat sembuh

Range Rover dirempuh bas persiaran

BANGI, 22 Rejab 1439H, Isnin – Pendakwah terkenal, Ustaz Muhammad Abdullah Al-Amin terlibat dalam satu kemalangan petang semalam.

Kejadian berlaku di Jalan Bukit Rotan-Kuala Selangor apabila Range Rover dipandu Ustaz Amin yang dalam perjalanan ke rumah di Subang Jaya dirempuh bas persiaran dari arah bertentangan.

Beliau yang terkenal dengan lawatan ke Palestin dan Masjid Al-Aqsa mengalami patah tulang punggung dan kini dirawat di Sime Darby Medical Centre (SDMC).

Kakitangan Yayasan Al Amin, Mohd Hafez Harun ketika dihubungi Harian Metro berkata, isteri, dua anak dan pembantu Ustaz Amin turut berada dalam kenderaan.

“Ustaz yang memandu ketika nak balik selepas selesai program keluarga.

“Saya difahamkan, secara tiba-tiba bas persiaran dari arah bertentangan hilang kawalan dan merempuh kenderaan Ustaz Amin dan dua lagi kenderaan lain di belakang kenderaan ustaz.

“Bomba terpaksa mengeluarkan Ustaz Amin yang tersepit di tempat duduk pemandu,” katanya.

Di laman Facebook Muhamad Bin Abdullah, dimaklumkan bahawa Ustaz Amin memerlukan rehat secukupnya dan kehadiran pelawat ditangguhkan.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close