Berita UtamaUtama

Persiapan Himpunan Pengundi Sedar berjalan lancar

Lebih 1,000 dijangka memenuhi padang Kelab Sultan Sulaiman jam 2 petang ini

BANGI, 21 Rejab 1439H, Ahad – Gerakan Pengundi Sedar (GPS), sebuah gerakan bebas, bakal mencipta sejarah baru hari ini apabila mesej utama mereka kepada para pengundi Pilihan Raya Umum Ke-14 akan dilaung-laungkan di sebuah himpunan aman pada jam 2 petang nanti.

Pengarah himpunan, Asmadi Samad ketika dihubungi Ismaweb berkata, segala persiapan hampir selesai dan dijangka lebih 1,000 orang akan menyertai himpunan di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru.

“Segalanya berjalan dengan lancar, kerjasama pihak polis juga kita terima dengan amat baik dan selaku penganjur, kita mengharapkan tidak berlaku apa-apa yang tidak diingini, supaya mesej utama kita akan sampai kepada seluruh rakyat terutama para pengundi,” katanya.

Himpunan anjuran bersama Pemuda Isma ini mengangkat slogan ‘Undilah Calon Muslim Berwibawa’ sebagai panduan kepada para pengundi bagi memastikan survival Islam dan Melayu tetap dipertahankan.

Pemimpin tertinggi Isma dijangka akan berucap di himpunan ini nanti.

Para peserta digalakkan memakai baju berwarna kuning.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close