Berita UtamaUtama

BN iktiraf UEC diguna untuk masuk universiti tempatan

Sijil Sekolah Persendirian Cina tak ikut Dasar Pendidikan Negara, bertentangan Perlembagaan, guna silibus Cina dan Taiwan

BANGI, 21 Rejab 1439H, Ahad – Barisan Nasional (BN) mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sekolah persendirian Cina untuk memasuki universiti tempatan dengan syarat mereka mendapat kepujian bagi subjek Bahasa Malaysia dan lulus Sejarah dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pengiktirafan itu terkandung dalam Manifesto BN yang dilancarkan Pengerusinya, Datuk Seri Najib Razak yang juga Perdana Menteri, malam tadi, bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Syarat itu juga terpakai kepada mana-mana rakyat Malaysia yang memiliki sijil peperiksaan dari luar negara yang bersamaan dengan SPM serta Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Pengiktirafan itu terkandung dalam dokumen manifesto di bawah tajuk ‘Pemacuan Modal Insan, Kecemerlangan Pendidikan’ yang menyebut:

Warganegara yang memiliki sijil peperiksaan luar negara yang setara dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan kelayakan memasuki IPT dalam negara, boleh dipertimbangkan untuk memasuki pengajian mana-mana IPT, dengan syarat mempunyai kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan lulus mata pelajaran Sejarah – syarat tersebut juga diguna pakai dalam isu tentang Unified Examination Certificate Senior Middle (UEC).

BACA: Iktiraf UEC satu penderhakaan kepada rakyat: Kok Seong

Sebelum ini, kerajaan Malaysia tidak pernah mengiktiraf UEC, malah berjanji kepada rakyat untuk tidak mengiktirafnya, kerana bertentangan dengan Dasar Pendidikan Negara, Akta Pendidikan 1996 dan Perlembagaan Persekutuan.

Tetapi bagi menghadapi PRU14 kali ini BN mengiktiraf sijil itu, bertujuan membeli undi kaum Cina yang pada PRU13 lalu telah menunjukkan ‘tsunami’.

UEC bukan sahaja membolehkan pihak tertentu bebas mempunyai kuasa untuk menentukan kurikulum sendiri menggunakan perantaraan bahasa Cina, malah boleh mengadakan peperiksaan sendiri tanpa kebenaran pengarah peperiksaan.

Pertubuhan Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) disokong oleh parti gabungan BN yang anti-Islam, MCA, serta parti pembangkang DAP.

Jangan iktiraf UEC, MCA ibarat api dalam sekam: Timbalan Presiden Isma

MCA kurang ajar, lempar dasar Perlembagaan kerana UEC: Pemuda Isma

UEC: Malapetaka sebuah aspirasi

Sijil UEC berkiblatkan Taiwan, China: Wira Perkasa

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close