Berita Utama

Ketum punca masyarakat tidak produktif: Raja Muda Perlis

KANGAR, 20 Rejab 1439H, Sabtu – Penyalahgunaan air ketum yang dicampur dengan pelbagai bahan larangan menjadi satu daripada punca utama produktiviti dalam kalangan masyarakat merosot, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Baginda bertitah, gejala ketagihan ketum bukan sahaja memudaratkan diri, malah dilarang agama kerana membawa banyak kerosakan dan kebinasaan kepada masyarakat.

Sehubungan itu, Tuanku Syed Faizuddin mengingatkan rakyat agar meningkatkan keimanan dan amal soleh, berfikiran terbuka, positif dan tidak mudah terpengaruh dengan pujukan rakan bagi mengelakkan diri daripada terjebak dengan gejala negatif itu.

Terdahulu, semasa merasmikan program Kayuhan Kasih Search and Serve sempena Kembara Kebajikan 1Malaysia di Kampung Nelayan Kuala Perlis dekat sini, baginda menasihati rakyat supaya memainkan peranan masing-masing dalam menjaga kebajikan anggota masyarakat setempat.

“Semua kepimpinan di peringkat komuniti perlu memberi kefahaman yang jelas tentang konsep ‘Kebajikan Tanggungjawab Bersama’ kepada anggota masyarakat.

“Selain itu, setiap individu juga berperanan membantu menangani permasalahan yang wujud dalam masyarakat,” titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin, bertitah anggota masyarakat perlulah sensitif dengan isu sosial setempat dan memaklumkan kepada pihak berkuasa jika berlaku kejadian seperti kes keganasan rumahtangga, pengabaian dan penderaan kanak-kanak atau warga emas.-Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close