Berita UtamaUncategorizedUtama

Bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor meninggal dunia

MANJUNG, 16 Rejab 1439H, Selasa – Bekas Anggota Parlimen Kuala Selangor Mohd Daud Tarihep meninggal dunia di Hospital Seri Manjung, Perak pada 2.49 pagi tadi kerana sakit jantung. Beliau berusia 66 tahun.

Menurut anak sulungnya, Mohd Haminar Rashid, 41, Allahyarham dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu kira-kira dua minggu lalu selepas mengalami serangan jantung.

“Jenazah arwah ayah akan dibawa ke rumahnya di Seksyen 6, Shah Alam sebelum dibawa ke Masjid Negeri (Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah) Shah Alam, untuk urusan solat jenazah.

“Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam selepas solat Asar,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Mohd Daud berkhidmat sebagai Anggota Parlimen Kuala Selangor selepas menewaskan calon Keadilan Raja Kamaruddin Raja Abdul Wahid, pada pilihan raya umum (PRU) ke-11 pada 2004. Beliau, bagaimanapun tidak dicalonkan semula pada PRU ke-12.

Allahyarham Mohd Daud, yang juga bekas setiausaha sulit kanan kepada bekas menteri penerangan Allahyarham Tan Sri Mohamed Rahmat, meninggalkan seorang isteri, Zuraidah Abdul Halim dan tujuh anakBernama

 

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close