DuniaPalestinUtama

‘Sheikh Al-Aqsa’ bakal dibebas

Mahkamah rejim Zionis arah Sheikh Raed Salah dikena tahanan rumah

BAITULMAQDIS, 12 Rejab 1439H, Jumaat – Mahkamah rejim pengganas Israel memutuskan pejuang Masjid Al-Aqsa, Sheikh Raed Salah dibebaskan daripada penjara, tetapi dikenakan perintah tahanan rumah.

Perintah pembebasan itu dikeluarkan Mahkamah Masjistret Haifa hari ini. Beliau yang lebih dikenali sebagai ‘Sheikh Al-Aqsa’ dan mengetuai pergerakan Islam di Israel ditangkap sejak tujuh bulan lalu atas tuduhan menghasut keganasan.

Menurut syarat yang ditetapkan bagi pembebasannya, Sheikh Raed mesti memakai gelang elektronik, tidak boleh menggunakan internet atau telefon bimbit, diharamkan daripada mengadakan perjumpaan awam atau memberi ucapan dan diharamkan daripada keluar negara.

Beliau sebelum ini pernah ditahan beberapa kali ketika aktif menentang tindakan rejim pengganas yang mahu menyahudikan Masjid Al-Aqsa.

Tuduhan yang dikenakan terhadapnya, termasuk menghasut, menyalurkan dana kepada Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) dan mengkritik polisi rejim pengganas Israel di dalam Facebook beliau.

‘Sheikh Al-Aqsa’ itu ditangkap di rumahnya di kampung Umm Al-Fahm pada 25 Ogos tahun lalu dan dituduh di mahkamah sembilan hari kemudian.

Beliau dituduh melanggar undang-undang, menghasut dan mencetuskan keganasan selepas dia menyifatkan kematian tiga warga Palestin di tangan askar rejim Zionis, sebagai syahid.

Rejim pengganas Israel kemudian menuduhnya menghasut keganasan kegika gelombang kebangkitan rakyat Palestin menentang tindakan rejim Zionis memasang alat pengesan logam di pintu masuk Masjid Al-Aqsa.

Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan beliau kekal di dalam penjara sementara menunggu beberapa urusan perundangan terhadapnya selesai. – Agensi

Israel tangguh pembebasan bersyarat ‘Sheikh al-Aqsa’

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker